Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan ,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudhukkan ,
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih ……..
Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai ,
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam ,
Beserta Fatihah , Selawat dan Doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian ,
Justeru itu sekalian muslimin dan muslimat ,
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat .
Iringilah dirimu ke masjid ,
Sebelum kamu diiringi ke pusara ,
Tangisilah dosa – dosamu di dunia
Kerana tangisan tak berguna di alam Baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan ,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi .
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan ,
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan ,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan .
Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruanNya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti ,
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti ,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia untuk melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan “ Hayya alas Solaah “
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “ Hayya alal Falaah “
Jalan kemenangan dunia akhirat .
Ingatlah , yang kekal hanya amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Bila kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta , takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta ,
Kondominium , saham dan niaga ,
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia .

0 comments:
Post a Comment